Crystal Renn
merupakan salah seorang model Amerika Syarikat yang mula berkecimpung
dalam dunia fesyen semenjak berusia 14 tahun. Renn pernah diberitahu
bahawa untuk menjadi seorang model, dia perlu menurunkan hampir satu
pertiga dari berat tubuhnya yang membuatkan dirinya mengalami anoreksia
selama bertahun lamanya. Akibat keadaan itu, Renn pantas mengubah cara
pemakanannya dan rajin melakukan aktiviti rekreasi sehingga mampu
menaikkan semula berat badannya sebanyak 32kg. Akibat dari itu, Renn
menulis sebuah buku mengenai pengalamannya semasa menghidap anoreksia.
Jodie Kidd masih
berusia 15 tahun ketika dipertemukan dengan seorang jurugambar, Terry
O'Neil di pantai Barbados dan memulakan karier sebagai model pada usia
16 tahun. Ketika itu, Kidd mengalami demam kelenjar yang membuatnya
menjadi sangat kurus sehingga hanya mempunyai berat sebanyak 48 kg
dengan tinggi 188 cm. Akibat keadaan itu, Kidd telah digelar sebagai
'rangka hidup' dan turut dituduh mengalami anoreksia. Selepas 8 bulan
berhenti dari menjadi seorang model, Kidd kini berusaha menambahkan
berat badannya hingga mencapai berat ideal.
3. Ana Carolina Reston
3. Ana Carolina Reston
Ana Carolina Reston
merupakan seorang model yang turut merasai keburukan akibat mempunyai
tubuh badan yang terlalu kurus. Punca yang menyebabkan dia menjadi kurus
adalah kerana dia menghidap anoreksia. Bahkan, penyakit tersebut
membuatkan model Brazil ini meninggal dunia ketika berusia 21 tahun
dengan berat badannya hanya 40 kg.
4. Charlotte di Calypso
4. Charlotte di Calypso
Gelaran 'mayat hidup' amat sesuai diberikan kepada model bernama Charlotte Di Calypso ini. Pemenang Elite Model Look
pada tahun 2005 ini masih muda yakni baru berusia 23 tahun. Karier
gemilangnya sebagai super model dunia sepertinya membuatkan Calypso lupa
untuk mempedulikan keadaan tubuhnya yang boleh dikatakan menyedihkan
kerana terlalu kurus.
5. Chloe Memisevic
5. Chloe Memisevic
Chloe Memisevic
merupakan seorang gadis yang seksi, cantik, dan menjadi salah seorang
model dalam setiap pertunjukkan fesyen. Namun, Memisevic bersikap
terlalu buruk terutamanya pada tubuh badannya sendiri. Memisevic pernah
menyedari keadaan tubuhnya sebelum itu, namun semuanya telah terlambat
kerana dia kemungkinan menghidap anoreksia.
6. Isabelle Caro
6. Isabelle Caro
Isabelle Caro
merupakan seorang model yang bernasib malang akibat menghidap anoreksia
sama seperti Ana Carolina Reston. Bahkan, kerana keadaan tubuhnya yang
terlalu kurus sehingga menampakkan segala tulang, Caro akhirnya
meninggal dunia ketika berusia 28 tahun. Sebagai seorang model, dia
cukup terkenal dalam industri fesyen. Nasib Caro telah menjadi contoh
bagi model-model junior supaya jangan sesekali berfikir bahawa menjadi
terlalu kurus itu adalah perkara yang baik.
7. Lizzie Velasquez
7. Lizzie Velasquez
Lizzie Velasquez
merupakan seorang gadis malang berasal dari Texas yang sering diejek
sebagai perempuan yang mempunyai penampilan fizikal paling buruk di
dunia. Velasquez lahir dalam keadaan prematur dengan berat hanya 0.9 kg
tanpa memiliki sebarang lemak tubuh sehinggakan tidak mampu mencapai
berat ideal. Meskipun makan seharian, Velasquez hanya mempunyai berat
badan sebanyak 26.3 kg dalam usianya yang sudah menginjak 24 tahun.
Kerana keadaan tubuhnya, Velasquez mengalami buta di salah satu matanya
serta sindrom progeria dengan kesan kedutan melampau pada kulit.
8. Mischa Barton
8. Mischa Barton
Mischa Barton
merupakan seorang pelakon filem berusia 27 tahun yang juga seorang
model. Barton pernah terjebak dengan kes yang menyebabkan dia berurusan
dengan polis seperti memandu di bawah pengaruh alkohol dan tidak
memiliki lesen hingga kepada menghisap ganja. Namun, apa yang cukup
menyedihkan adalah ketika dia menghidap penyakit anoreksia. Hal itu
kelihatan ketika Barton menghadiri pertunjukkan fesyen Elie Saab at Palais de Tokyo yang menjadi sebahagian Paris Fashion Week di mana tubuhnya nampak kurus luar biasa dan membuatnya kelihatan cukup jelek.
9. Keira Knightley
9. Keira Knightley
Memulakan karier antarabangsa melalui rancangan BEND IT LIKE BECKHAM
pada tahun 2003, nama Keira Knightley yang juga seorang model ini
semakin meningkat terutamanya ketika terlibat dalam filem saga PIRATES OF THE CARIBBEAN.
Tubuhnya yang sangat kurus pernah membuatkan Knightley dianggap
mengalami penyakit anoreksia kerana sejarah keluarganya pernah mengalami
hal yang sama. Knightley menafikan berita tersebut dan memilih untuk
menghilangkan diri selama setahun untuk kembali mencapai berat ideal
seperti ketika ini.
10. Taylor Armstrong
Bintang The Real Housewives of Beverly Hills
ini pernah membuat masyarakat terkejut dengan keadaan tubuhnya pada
bulan April 2011. Ketika itu, Taylor Armstrong yang kini sudah berusia
42 tahun itu telah kehilangan sekitar 9 kg dalam tempoh masa dua bulan
yang berpunca akibat masalah rumah tangganya. Keadaan Armstrong itu
membuatnya tulang rusuknya menonjol dengan perut cekung yang membuatkan
ramai orang takut dia mengalami penyakit anoreksia.
10. Taylor Armstrong
Tags
ARTIKEL