OPINI
Sebuah manuskrip terjemahan Kesultanan
Islam Bandar Aceh Darussalam telah ditemukan di perpustakaan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Manuskrip tersebut merupakan ‘Wasiat Sultan Aceh’
kepada pemimpin-pemimpin Aceh pada 913 Hijriah pada tanggal 12 Rabi’ul
Awal atau 23 Juli 1507 di awal berdirinya Kesultanan Aceh Darussalam. Inilah bukti otentik bahwa sejarah Aceh bukan dimulai sejak 1976 atau sejak Hasan Tiro mendirikan Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
Manuskrip tersebut berisikan
pesan-pesan dan nasehat juga hukum yang diturunkan kepada rakyat Aceh
dari generasi ke generasi sejak berdirinya Kesultanan Aceh Darussalam.
Panduan dan tuntunan hidup serta pedoman kehidupan masyarakat yang
tertata dan islami. Sultan pertama Aceh, Sultan Ali Mughayat Syah
mengistilahkan wasiat ini sebagai “Pohon Kerajaan Aceh” dimana terdapat
21 kewajiban yang harus dilakukan oleh rakyat Aceh untuk dapat hidup
aman, damai dan sejahtera.
Berikut terjemahan manuskrip kerajaan Aceh yang bertajuk:
KEWAJIBAN RAKYAT KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM
Maka Inilah Pohon (struktur) Kerajaan Aceh Bandar Darussalam
Bismillahirrahmanirrahim, Amma Ba’du
Mulai terdiri Kerajaan Aceh Bandar Darussalam iaitu
pada tahun 913 Hijriah pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal Hari Ahad
bersamaan 23 Julai, 1507. Atas nama yang berbangsawan bangsa Aceh iaitu
Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali Ibrahim Mughayat Syah Johan
Berdaulat…;
Maka pohon kerajaan mulai tersusun oleh
yang berbangsawan tersebut hingga sampai pada kerajaan puteranya yang
kuat iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Mahmud Al-Qahhar Ali Riayat Syah…;
Kemudian hingga sampai pada masa
kerajaan cicitnya iaitu Raja yang lang-gemilang gagah perkasa yang
masyhur al-mulaqaab Paduka Seri Sultan Al-Mukarram Sultan Alauddin
Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa Alam Syah Johan Berdaulat Zilullah
Fil Alam…;
Iatiu telah ijmak keputusan sabda
muafakat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam beserta alim ulamak dan
hulubalang dan menteri-menteri…;
Iaitu telah ditetapkan dia dan telah
difaftarkan dan iaitu dengan sahih sah dan muktamad dengan memberitahu
dan diperintahkan dia dengan mengikut dan menurut menjalankan dan
melaksanakan oleh seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Aceh Bandar
Darussalam dan jajahan takluknya iaitu diwajib difayahkan di atas
seluruh rakyat Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya…;
Bahawasanya kita semuanya satu negeri bernama Aceh dan berbangsa Aceh dan berbahasa Aceh dan kerajaan Aceh dan alam Aceh…;
Yakni satu negeri satu bangsa dan satu
kerajaan dan satu alam dan satu agama yakni Islam dengan mengikut
syariah Nabi Muhammad SAW…;
Atas jalan ahlu-Sunnah wal Jamaah dengan
mengambil hukum daripada Qur’an dan Hadis dan qias dan ijmak ulamak
ahlu-sunnah wal jamaah…;
Dengan hukum dengan adat dengan resam dengan kanun iaitu syarak Allah dan syarak Rasullulllah dan syarak kami…;
Bernaung di bawah Alam Merah Cap Peudeung lukisan warna putih yang berlindung di bawah panji-panji Syariat Nabi Muhammad SAW…;
Dari dunia sampai ke akhirat dalam dunia ini sepanjang masa :- Pertama, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang lelaki lagi mukaallaf dan bukan gila iaitu hendaklah membawa senjata ke mana-mana pergi berjalan siang-malam iaitu pedang atau sikin panjang atau sekurang-kurangnya rincong tiap-tiap yang bernama senjata.
- Kedua, tiap-tiap rakyat mendirikan rumah atau masjid atau baleeh-baleeh atau meunasah maka pada tiap-tiap tihang di atas puting di bawah bara hendaklah di pakai kain merah dan putih sedikit yakni kain putih.
- Ketiga, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh iaitu bertani utama lada dan barang sebagainya.
- Keempat, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengajar dan berlajar pandai emas dan pandai besi dan pandai tembaga beserta ukiran bunga-bungaan.
- Kelima, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang perempuan iaitu mengajar dan belajar membikin tepun (tenun) bikin kain sutera dan kain benang dan menjaid dan menyulam dan melukis bunga-bunga pada kain pakaian dan barang sebagainya.
- Keenam, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar jual-beli dalam negeri dan luar negeri dengan bangsa asing.
- Ketujuh, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar ilmu kebal.
- Kedelapan, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang laki-laki mulai taklif syarak umur lima belas tahun belajar dan mengajar main senjata dengan pendekar silek dan barang sebagainya.
- Kesembilan, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh dengan wajib ain belajar dan megajar ilmu agama Islam syariah Nabi Muhammad SAW atas almariq ( berpakaian ) mazhab ahlu-sunnah wal jamaah r. ah ajmain.
- Kesepuluh, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh menjauhkan diri daripada belajar dan mengajar ilmu kaum tujuh puluh dua yang di luar ahli sunnah wal jamaah r. ah ajmain.
- Kesebelas, sekalian hukum syarak yang dalam negeri Aceh diwajibkan memegang atas jalan Mazhab Imam Syafi’i r.a. di dalam sekalian hal ehwal hukum syarak syariat Nabi Muhammad SAW. Maka mazhab yang tiga itu apabila mudarat maka dibolehkan dengan cukup syartan ( syarat ). Maka dalam negeri Aceh yang sahih-sah muktamad memegang kepada Mazhab Syafi’i yang jadid.
- Keduabelas, sekalian zakat dan fitrah di dalam negeri Aceh tidak boleh pindah dan tidak diambil untuk buat bikin masjid-masjid dan balee-balee dan meunasah-meunasah maka zakat dan fitrah itu hendaklah dibahagi lapan bahagian ada yang mustahak menerimanya masing-masing daerah pada tiap-tiap kampung maka janganlah sekali-kali tuan-tuan zalim merampas zakat dan fitrah hak milik yang mustahak dibahagi lapan.
- Ketigabelas, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh membantu kerajaan berupa apa pun apabila fardhu sampai waktu datang meminta bantu.
- Keempatbelas, diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar mengukir kayu-kayu dengan tulisan dan bunga-bungaan dan mencetak batu-batu dengan berapa banyak pasir dan tanah liat dan kapur dan air kulit dan tanah bata yang ditumbok serta batu-batu karang dihancur semuanya dan tanah diayak itulah adanya.
- Kelimabelas, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar Indang Mas di mana-mana tempatnya dalam negeri.
- Keenambelas, diwajibkan di atass sekalian rakyat Aceh memelihara ternakan seperti kerbau dan sapi dan kambing dan itik dan ayam tiap-tiap yang halal dalam syarak agama Islam yang ada memberi manfaaf pada umat manusia diambil ubat.
- Ketujuhbelas, diwajibkan ke atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan khanduri Maulud akan Nabi SAW, tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjung ganti-berganti makan khanduri maulut.
- Kedelapanbelas, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa hendaklah pada tiap-tiap tahun mengadakan Khaduri Laut iaitu di bawah perintah Amirul Bah yakni Panglima Laot.
- Kesembilanbelas, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan Khanduri Blang pada tiap-tiap kampung dan mukim masing-masing di bawah perintah Penglima Meugoe dengan Kejrun Blang pada tiap-tiap tempat mereka itu.
- Keduapuluh, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian kain sutera atau benang atau payung dan barang sebagainya yang berupa warna kuning atau warna hijau tidak boleh memakainya kecuali yang boleh memakainya iaitu Kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib yakni sekalian syarif-syarif dan sayed-sayed yang turun menurun silsilahnya daripada Saidina Hasan dan Saidina Husin keduanya anak Saidatina Fatima Zahra Nisa’ Al-Alamin alaihassalam binti Saidina Rasulullah Nabi Muhammad SAW; dan warna kuning dan warna hijau yang tersebut yang dibolehkan memakainya iaitu sekalian kaum keluarga ahli waris Kerajaan Aceh Sultan yang raja-raja dan kepada yang telah diberi izin oleh kerajaan dibolehkan memakainya; kepada siapapun.
- Keduapuluhsatu, diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa jangan sekali-kali memakai perkataan yang hak kerajaan: Pertama titah kedua sabda ketiga Karunia keempat Nugerahi kelima Murka keenam Daulat ketujuh Seri Pada ( Paduka ) kedelapan Harap Mulia kesembilan Paduka Seri kesepuluh Singgahsana kesebelas Takhta keduabelas Duli Hadrat ketigabelas Syah Alam keempatbelas Seri Baginda kelimabesar Permaisuri keenambelas Ta.
Maka demikianlah sabda muafakat yang sahih-sah muktamad daripada Kerajaan Aceh Bandar Darussalam adanya.
Maka hendaklah menyampaikan sabda
muafakat keputusan kerajaan kami oleh Hulubalang Menteri kami kepada
sekalian rakyat kami ke seluruh Aceh iaitu daerah-daerah dan
mukim-mukim dan kampung-kampung dan dusun-dusun timur dan barat tunong
dan baruh kepada sekalian imam-imam dan kejrun-kejrun dan datuk-datuk
dan kechik-kechik dan wakil-wakil dan sekalian orang yang tuha-tuha dan
muda-muda dan sekalian orang yang ada jabatan masing-masing besar dan
kecil menurut kadarnya dan ilmunya;
Iaitu mudah-mudahan insya Allah ta’ala
dapat selamat bahagia sekalian umat manusia dalam negeri Aceh Bandar
Darussalam khasnya dan Aceh jajahan takluk amnya iaitu siapa menjadi
manusia yang baik dan berkelakuan yang baik serta tertib sopan majlis
dan hormat mulia yang sempurna dengan berkat syafaat Nabi SAW supaya
terpeliharalah bangsa kami Aceh dan negeri kami Aceh daripada mara dan
bahaya dengan selamat sejahtera bahagia sepanjang masa dan jauh
daripada lembah kehinaan dan kesusahan sepanjang hidup;
Supaya terpeliharalah negeri kami Aceh
dan alam kami Aceh dan bangsa kami Aceh dengan usaha yang banyak
supaya dapat mesra kesenangan bersama-sama iaitu antara rakyat dengan
kerajaan dengan bersatu seperti nyawa dengan jasaad serta dengan taqwa
dan tawakkal kepada Allah ta’alaa dengan menahan sabar daripada
kepayahan maka tentu akhirnya insya Allah ta’ala dapat jadi kebajikan
bersama-sama dengan saudara-saudara-saudara Islam yang dalam negeri
Aceh dengan berkasih-kasihan dengan mengikut Syarak Allah dan Syarak
Rasul dan Syarak Kerajaan.
Sanah 1272 Hijriah ( 1855 Masehi )
***
Inilah “Kode Kehormatan” rakyat Aceh
yang sebenarnya. Artinya, sang pembuat kode/wasiat tersebut diawali
dengan sebuah niat yang tulus dan ikhlas untuk membawa kebaikan dan
kesejahteraan bagi seluruh rakyat Aceh, oleh karenanya saya sebut “Kode
Terhormat”. Sultan Aceh berangkat dari keikhlasan tanpa pamrih dan hanya
semata-mata berjuang untuk kepentingan rakyat Aceh. Sehingga menurut
saya inilah yang harus dan perlu diteliti dan dikaji lebih dalam oleh
rakyat Aceh khususnya para sejarawan-sejarawan Aceh sehingga tidak lagi
terjadi manipulasi dan pengaburan sejarah sebagaimana banyak disampaikan
oleh para politisi Partai Aceh bahwa Aceh berdiri sejak tahun 1976 atau
sejak Hasan Tiro mendirikan GAM. Pemahaman itulah yang membuat Nasrullah Dahlawi, Juru Bicara Partai Aceh menjadi landasan pemilihan bendera dan lambang Aceh yang digunakan oleh Hasan Tiro di masa konflik. Masyaallah, bangsa yang besar adalah bangsa yang tahu diri dan menghormati sejarahnya!
Tags
OPINI